header image
 

Minyak Naik.. Rakyat Naik Angin..

Assalammualikum w.b.t

1. Adalah sedia maklum harga minyak di Malaysia telah naik sebanyak 40%. Peningkatan yang amat besar.

2. Harga minyak di pasaran dunia meningkat lagi dengan ancaman Israel untuk menyerang Iran.

3. Mampukah negara menanggung perbelanjaan subsidi yang diberikan kepada rakyat?

4. Takungan minyak di telaga-telaga PETRONAS semakin berkurangan.

5. Langkah-langkah proaktif dan berani perlu diambil walaupun pedih. “Bersusah0susah dahulu, bersenang-senang kemudian”.

6. Mahu tak mahu, kadar inflasi tetap akan naik walaupun kerajaan tidak menaikkan harga minyak.

7. Duit subsidi minyak tidak dikaut untuk disimpan di dalam bank tetapi digunakan untuk menurunkan harga barangan keperluan seperti beras, gula dan lain-lain. Subsidi kekal sama kecuali dalam bentuk yang berbeza.

8. Para pendapat saya, 40% yang naik tidak memberi kesan jangka panjang yang teruk kepada masyarakat kerana subsidi masih telah diberikan tetapi dalam bentuk yang berbeza, melalui pemberian ribet tunai, pemotongan cukai jalan. Terasa tetap terasa kenaikan harga petrol dan diesel tetapi ianya memang sudah tidak dapat dielakkan dan kita sebagai rakyat Malaysia harus syukur kerana masih ada lagi subsidi yang boleh dinikmati dan ianya dengan kehendak Allah S.W.T akan bertambah jika kita bersama-sama bersatu dan menanganinya dengan cara yang diredhaiNya.

Wassalam

Maaf

Assalammualaikum w.b.t,

Maaf kerana sudah lama tidak update blog ini. Semakin sibuk dengan tugasan-tugasan. Harapan agar perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air kita ini diteruskan dan tidak dilupakan.

Wassalam

Isu boikot UTUSAN dan MINGGUAN MALAYSIA

Assalammualaikum w.b.t

1. UTUSAN dan MINGGUAN MALAYSIA didesak untuk menghentikan perbuatan mengutuk pemimpin Pakatan Rakyat.

2. HARAKAH dan SUARA KEADILAN?

3. Perbuatan pemimpin Barisan Nasional didedahkan di HARAKAH dan SUARA KEADILAN.

4. Perbuatan pemimpin Pakatan Rakyat hendak didedahkan oleh siapa?

5. Isu yang dibawa oleh UTUSAN dan MINGGUAN MALAYSIA adalah berdasarkan perkara yang benar dan tidak isu palsu.

6. Pelbagai pihak akan menafsirkan sesuatu berita dengan pelbagai tafsiran, tidak mungkin pihak UTUSAN dan MINGGUAN MALAYSIA mampu mendorong pembaca untuk menafsirkan berita mereka dengan tafsiran yang sama.

7. Sikap keterbukaan yang lebih flexsibel oleh surat khabar aliran arus perdana dalam menyampaikan berita mereka harus dipuji dan disokong untuk mendorong berita-berita yang lebih bersifat neutral untuk masa akan datang.

8. Boikot tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Wassalam

Hak Melayu

Assalamualaikum w.b.t

1. Ketuanan Melayu terus dipertikaikan oleh bukan bumiputera.

2. Pengorbanan besar masyarakat asal (Melayu) yang sanggup memberi status warganegara kepada bukan bumiputera akhirnya tidak disyukuri oleh sekumpulan masyarakat.

3. Isu yang telah pun dipersetujui dan menjadi asas kepada kejayaan dalam membawa negara ke ambang Kemerdekaan kini di anggap tidak relevan.

4. Ada golongan bumiputera yang mempertahankan.. ada juga yang merelakan hak ini terlepas.

5. Sikap acuh tak acuh dalam mempertahankan hak yang selama ini menjadi nadi kepada keamanan dan kesejahteraan negara bakal mengundang malapetaka jika dibiarkan.

6. Sesungguhnya, di mana-mana negara sekalipun, hak masyarakat Bumiputera sering dijamin dan terpelihara sebagai tanda penghargaan terhadap mereka kerana rela berkongsi hidup bersama yang bukan Bumiputera di tanah yang asalnya milik nenek moyang mereka.

7. Semoga sejarah memberi kita sedikit sebanyak teladan dan tauladan dalam membentuk negara yang lebih aman, makmur dan sejahtera.

Wassalam

Larangan Petrol

Assalammualaikum,

1. Kerajaan BN telah mengenakan larangan penjualan petrol kepada warga asing yang datang untuk mengisi minyak di Malaysia. (Singapura dan Thailand)

2. Tindakan ini adalah untuk mengawal pengagihan yang lebih adil kepada rakyat Malaysia berikutan harga 1 tong minyak yang meningkat kepada USD 135.

3. Hentikan perkongsian subsidi minyak bersama warga asing.

4. Hasil cukai serta penat-lelah rakyat Malaysia tidak dinikmati oleh orang asing.

5. Syarikat minyak dinasihatkan untuk lebih bertanggungjawab dan tidak merungut.

6. Perkara ini akan memanjangkan tempoh harga minyak yang mampu disubsidi oleh Kerajaan kepada rakyat.

7. Sekaligus membantu pertumbuhan ekonomi yang lebih mantap dan juga membantu golongan yang berpendapatan rendah dalam menghadapi situasi harga barang yang naik mendadak baru-baru ini.

Wassalam

Tun Dr. Mahathir Keluar UMNO

Assalammualaikum w.b.t

***************************************************

“ALOR STAR: Tun Dr Mahathir Mohamad quit Umno yesterday in an apparent last-ditch effort to oust Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi as party president.

Saying he was not joining any other party, the former prime minister added he would only rejoin Umno when Abdullah steps down.

His wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali has also quit, according to a posting on his website.”[link]

“ALOR STAR: Some 300 members of the Jalan Badlishah Umno branch in Merbok are quitting en masse in solidarity with former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad’s decision to leave the party.” [link]

Updated link: ALOR STAR: Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad and veteran party man Tan Sri Sanusi Junid announced Monday that they are quitting Umno.” [link]

Update[final]: Terdapat blog yang mengatakan semua Presiden UMNO meninggalkan UMNO. Kenyataan ini adalah tidak tepat kerana Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-2 tidak meninggalkan UMNO. Harap maklum.

***************************************************

Astaqfirullah hal azim.. apa nak jadi dengan Malaysia? Tidak cukup dengan pergolakan yang melanda. Kini semakin parah apabila Tun Dr Mahathir pula mengambil langkah drastik untuk keluar dari UMNO. Tindakan Tun ini adalah sangat mengejutkan dan tidak pernah terlintas di fikiran ini bahawa sejarah di mana Presiden lama dan Presiden baru di dalam UMNO berselisih pendapat dan bertelagah ini akan berulang lagi.

Perkara ini amat memilukan. Di kala barisan-barisan muda dibentuk dan barisan-barisan yang ada sedang dipulihkan semangat mereka. Sekali lagi ombak badai melanda negara. Berapa banyak “tsunami” kah yang mampu dipikul dan diharungi oleh negara kecil Malaysia ini???

Banyak faktor telah diutarakan oleh ramai pihak mengenai perkembangan terbaru ini. Secara peribadi penulis berpendapat bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak menjaga tokoh negarawan Tun Dr Mahathir ini dengan sewajarnya. Seharusnya teguran dan pendapat Tun didengari dan jika tidak boleh dilaksanakan, sepatutnya diambil iktibar atau dibuat garis panduan dan bukannya dikritik dengan membuta tuli. Tun masih disegani dan dihormati oleh pihak pembangkang dan lawan… tetapi tidak diendahkan pula oleh pucuk pimpinan yang ada.

Ya Allah tunjukkanlah kami jalan kebenaran dan terangilah kami dengan cahaya keredhaanmu. Selamatkan lah negara kami Malaysia daripada musnah dan hancur. Semoga perjuangan kami selama ini tidak hanya sia-sia.


Wassalam

Dakwat Kuku

Assalammualaikum w.b.t

***************************************************

“Election Commission chairperson Abdul Rashid Abdul Rahman today dropped a bombshell by revealing that the cabinet had rejected the use of indelible ink in the March 8 general election on the day Parliament was dissolved.” [link]

“Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Kabinet tidak pernah mengarah SPR membatalkan penggunaan dakwat pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu, tetapi hanya memberi cadangan pembatalan penggunaannya.” [link]

***************************************************

Isu cat kuku yang menjadi tanda tanya apabila dimansuhkan apabila menghampiri pilihanraya. Apakah benar Barisan Nasional yang harus 100% dipersalahkan? Adakah benar terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah membeli cat kuku yang sama di Thailand dengan tujuan yang jahat dan untuk merosakkan sistem pilihanraya Malaysia? Adakah benar SPR tidak mempunyai kuasa sendiri dalam menentukan perjalanan dan peraturan pilihanraya di Malaysia?

Apa pun jua jawapannya, setiap pihak mempunyai alasan masing-masing. Kita memilih jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua. Semoga kebenaran akan terserlah dan menjawab semuanya.

 

Wassalam

Selangor Incentive???

Assalamualaikum w.b.t,

***************************************************

SHAH ALAM 17 Mei - Insentif pelajaran RM1,000 untuk anak-anak Selangor yang memulakan pengajian di peringkat diploma dan ijazah pada tahun ini akan dihadkan kepada golongan miskin berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan sahaja.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, insentif itu tidak dapat diberikan kepada setiap anak negeri pada tahun ini seperti janji dalam manifesto pilihan raya kerana kekurangan peruntukan.“[link]

***************************************************

Hmm.. satu demi satu janji-janji terpaksa di “tunda”.

 

Wassalam

Sabah dalam dilema

Assalamualaikum w.b.t

***************************************************

“Kota Kinabalu is abuzz with speculations that the first batch of Sabah parliamentarians are likely to cross over to Pakatan Rakyat ’sooner than expected’, possibly in the coming weeks.” [link]

“Sabahan member of parliament Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) said today the political ‘tsunami’ that inundated peninsular Malaysia in the last general election would reach Sabah unless long-standing grievances were addressed by the next poll.” [link]

***************************************************

Debaran semakin terasa, kerajaan Barissan Nasional perlu memberi penjelasan tentang apa sebenarnya yang dimahukan oleh Sabah dan apa yang telah kerajaan Barisan Nasional lakukan dalam menangani masalah ini. Kami tidak mahu hanya kerana sikap “dwi-standard” yang sepatutnya tidak berlaku ini, habis runtuh kejayaan serta perjuangan yang telah dicapai sejak sekian lama.

Pucuk pimpinan Barisan Nasional, bangunlah dan pantas menghadapinya dengan lebih terbuka dan bijaksana. Nasib anak-anak Malaysia terletak di tanganmu.

 

Wassalam

UMNO [62 years]

Assalammualaikum w.b.t

Semalam 11 Mei 2008, genap sudah 62 tahun usia UMNO. Pelbagai onak dan duka, duri dan rajau telah dilalui oleh parti ini. Sehingga ke hari ini UMNO masih berdiri dan meneruskan perjuangannya yang tidak akan pernah padam dan belum lagi selesai. 2008 memberi seribu satu makna dan pengajaran agar parti yang suatu ketika dahulu menjadi lambang dan pelindung bagi rakyat Malaysia dan Melayu khususnya agar tidak terleka dan lupa terhadap perjuangan asal yang didukung olehnya. Semoga Allah s.w.t memberkati dan melimpahkan rahmat dan kurnianya agar Malaysia berada di dalam keadaan yang aman sejahtera.

 

Wassalam