Assalammualaikum w.b.t
1. Kenyataan beliau yang pertama ketika di Permatang Pauh tidak perlu dipersoalkan oleh kaum-kaum lain. Beliau bercerita mengenai sejarah negara di awal kemerdekaan. Tidak timbul soal rasis atau perkauman.
2. Apabila berkatakan kepada sesuatu yang benar mengapa perlu beliau meminta maaf. Orang Melayu tidak perlu asyik meminta maaf hanya kerana kebenaran dan sejarah memihak kepada mereka. Kaum Melayu perlu sedar dan berani bercakap dan teguh dengan pendirian bahawa hak istimewa orang Melayu tidak boleh diambil dan dihapuskan.
3. Golongan Melayu professional ramai yang menyokong untuk dihapuskan hak istimewa ini tanpa sedar bahawa berapa banyakkah Melayu lain yang setaraf dengan mereka dan telah betul-betul bersedia untuk bersaing sama rata dengan bangsa-bangsa lain yang jauh lebih berpengalaman dan mempunyai rangkaian yang luas di serata tanah air.
4. Tetapi, kenyataan kedua beliau yang memberi amaran kepada kaum Cina untuk tidak menjadi seperti Yahudi yang mahu memonopoli ekonomi dan politik negara adalah terlalu keras dan tidak sepatutnya dilahirkan oleh seorang Ketua Bahagian seperti beliau.
5. Keadaan negara yang kucar-kacir serta 51 tahun bersama lain-lain kaum, beliau sepatutnya lebih arif mengenai apa yang ingin beliau katakan. Jika kita mempertahankan hak Melayu, tidak semestinya kita membenci kaum-kaum lain.
Wassalam
“Orang Melayu tidak perlu asyik meminta maaf hanya kerana kebenaran dan sejarah memihak kepada mereka”
Alamak!!!
Orang Melayu juga adalah kaum pendatang yang menumpang hidup di negara ini. Golongan yang boleh diiktiraf sebagai orang asal atau anak bumi tulen adalah mereka yang kita kenali sebagai Negrito, Jakun, Semang, Jahut, Orang Laut, Orang Darat, Senoi dan suku kaum masyarakat Asli lain yang masih menjadi penghuni belantara.
dahdidah: Argument anda adalah rapuh. Ketika waktu mencapai kemerdekaan orang Cina dan India telah bersetuju bahawa apabila orang Melayu berkorban dengan memberi hak kerakyatan kepada mereka, orang Melayu mendapat hak keistimewaan di dalam pelbagai aspek demi menjaga kesejahteraan negara dan juga menjaga keharmonian negara.
Orang Melayu adalah kaum majoriti di Malaysia pada ketika itu dan penerimaan bukan Melayu untuk menjadi rakyat Malaysia akan mengurangkan majoriti mereka dalam mentadbir negara. Maka persetujuan itu dimetrai.
Status Melayu sebagai masyarakat peribumi Tanah Melayu adalah jelas termasuklah kaum-kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta kaum-kaum lain yang anda tulis sebentar tadi.
Saya cabar anda buktikan semua ini adalah salah dan tidak benar.